Hehehe...
Sebenarnya idea nak menulis tentang hati ni muncul secara tiba- tiba je. Hari ni saya cuti...kesempatan yang ada diluangkan bersama keluarga tercinta, di samping membuat satu 'job' yang sejak akhir2 ni dah jadi rutin dalam jadual hidup saya...apa ke benda tu ye? Mestilah yang berkait rapat dengan hati dan perasaan ni.
Well, the truth is...sejak beberapa ketika kebelakangan ni, saya sibuk cari pokok dukung anak a.k.a. nama saintifiknya Phyllanthus Niruri. Habis saya geledah sekeliling area kilang tempat saya berkerja nak cari makhluk Allah pokok dukung anak ni. Mula2 tu memang banyaklah, sebab selama ni takde sape2 pun yang ambil pot pun dengan kewujudan pokok ni...apatah lagi kat dalam kawasan kilang. Mungkin jugak tukang kebun kat dalam kilang tempat saya kerja ni anggap pokok ni sekadar rumpai yang merosakkan keindahan taman je..maklum sajalah..daun kecik je..tak cantik, bunga pun dahlah kecil, takde wangian pulak tu..
Begitulah hakikatnya...nobody..kat kilang tempat saya kerja ni yang really care about the existance of this precious gift from God...saya termasuklah..sehinggalah pada suatu hati..Allah bagi saya ilham untuk cuba pokok Dukung Anak ni sebagai satu ikhtiar untuk merawat isteri yang sedang dalam kepayahan akibat gangguan pada sistem hati beliau.
Sebenarnya, my wife dah agak lama mengalami gangguan pada hati dia...dah masuk dua tahun lebih dah...tanpa ada sebarang keputusan rasmi dati pihak hospital tentang jenis penyakit yang sedang dia hadapi. ujian...test darah, scan, ultrasoung dan segala mak nenek test dahpun dijalankan terutamanya oleh Hospital Pulau Pinang...tapi belum jugak ada keputusan. Sample darah, toksah ceritalah dah berapa kali ambik...sampai lebam2 tangan ayang saya tu..tapi keputusannya tetap mengecewakan. Bila saya tanya doktor yang in charge...she told me...memang prosedur biasa la macam tu...ambil darah...monitor..tunggu keputusan makmal...kalau tak tahu sakit apa...teruskan pemantauan...dah lama dah you all pantau mem saya tu wahai tuan2 doktor sekalian....dah lama sangat dah...ni sekarang ni, bila kami pindah HTAA...aku andaikan kena mula dari A semula ni...maklumlah...hospital baru ni takleh nak dapat rekod lama mem saya dari Hospital besar PP...agaknya sebab kuantan dgn penang terlalu jauh....agaknya la...sebab tu maklumat tak sampai cepat...
Alamak...terlebih la pula bebelan saya kali ni...maklum sajalah...tengah hot dan emosional. Harap2 pihak HTAA atau HPP tak ambil hati sangat dengan bebelan saya ni...sebab selama ni pun saya tak ambil hati sangat dengan segala macam karenah dan birokrasi yang wujud kat tempat kerja diorang tu. Pernah sekali tu...selama tiga bulan kami tunggu next appoinment sekadar untuk datang, tunggu lebih kurang 4 jam, then dengar misi cakap..."awak kena datang buat ujian darah sekali lagi...sebab sampel darah awak dah hilang dan tak ada sebarang rekod ada dengan kami..." dan juga " Awak bawa wife awak pergi buat ujian darah sekali lagi..then, datang balik selepas 3 bulan..." Hehehe..nak tergelak ada jugak dengar lawak diorang....rasa nak bagi flying kick pun ada jugak...tapi.. sabo jelah...sabar tu kan sebahagian drpd iman
0 comments:
Post a Comment