Sunday, May 1, 2011

Hikmah di sebalik ujian

Isteri saya mula menunjukkan tanda2 kurang sihat akibat gangguan pada hatinya bermula tahun 2009 lagi. Waktu tu saya baru je memulakan bisnes kecil- kecilan di pasar2 malam sekitar Pulau Pinang setelah kilang tempat saya kerja sebelum tu bertukar pemilik ekoran dari krisis ekonomi global pada masa tu. Walaupun baru belajar berniaga, berkat dari pertolongan beberapa insan yang berhati kudus, Alhamdulillah, perniagaan yang kami jalankan berjalan amat lancar...waktu tu saya jual minuman, dadih serta coconut shake aje. Bisnes kecil, modalnya kecil...makanya untung bila ada..amat ketara. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat waktu itu. Waktu terluang bersama keluarga pun cukup banyak. Kami tenang dan selalu menikmati hidup ini dengan penuh kegembiraan waktu itu.

Allah SWT telah berfirman mafhumnya:-

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Saya yakin dengan sebenar- benar keyakinan bahawa Allah SWT itu maha pengasih lagi maha penyayang. Kerana dia yang maha mengetahui apa yang tidak terjangkau oleh pemikiran saya yang hina dina ini. Pun saya tetap yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi...untuk saya cari dan selaminya apabila tiba masanya nanti.

Di ketika itulah isteri saya mulai menampakkan perubahan fizikal akibat masalah pada hatinya. Untuk seketika saya bagaikan bingung dan tidak tahu apa yang wajar dilakukan. Saya bawa isteri ke hospital untuk mula membuat pemeriksaan. Waktu itu, warna kulit serta mata isteri berubah menjadi kekuningan. Dari apa yang saya dapati melalui internet, ia berpunca akibat kandungan bilirubin yang terlalu tinggi di dalam darah isteri saya a.k.a. penyakit kuning a.k.a. jaundis.

0 comments:

Post a Comment

Nuffnang

 

Site Info

Followers

Soal Hati.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template