Sejak itu isteri saya mula menampakkan perubahan ketara pada tahap kesihatan serta kecergasannya. Kalau dulunya isteri saya seorang yang sentiasa aktif, bertenaga dan ceria...dia kini mulai semakin lesu dan kurang ceria. Semakin hari..kekuningan pada warna kulit dan mata isteri saya makin ketara. Saya sedar, waktu itu saya tidak boleh berlengah lagi.Penyelesaian harus segera dicari, tak sampai hati rasanya melihat dia terpaksa menghadapi dugaan ini untuk tempoh yang lebih lama.
Bermula di pusat kesihatan bayan lepas, isteri saya disuruh supaya merujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan susulan. Bermula di sanalah, episod panjang perjuangan kami merawat penyakit yang dialami oleh isteri saya bermula.
Setelah beberapa kali sesi berjumpa doktor, serta beberapa kali ujian darah dilakukan oleh pihak hospital, ternyata kadar serum bilirubin di dalam darah isteri saya melebihi paras normal...malah jauh melebihi paras normal sebenarnya. Waktu itu saya dapat lihat warna kekuningan pada mata isteri saya mula bertukar menjadi kuning kehijauan...satu petanda yang jelas menunjukkan bahawa kadar bilirubin yang terdapat di dalam darahnya sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan. Saya mula melayari internet..meninjau- ninjau sekiranya terdapat maklumat yang dapat membantu saya dalam usaha mencari kesembuhan buat isteri saya. Dari internet, saya mendapat tahu bahawa salah satu punca yang menyumbang kepada simptom yang dialami oleh isteri saya ialah disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi seperti biasa. Produksi jus hempedu juga tidak normal, dan mengakibatkan ia masuk ke sistem peredaran darah. Warna kuning kehijauan pada mata isteri saya adalah disebabkan paras bilirubin ( serum di dalam hempedu ) yang terlalu tinggi sehingga dapat di lihat secara jelas dan nyata pada kulit dan warna mata.
Tidak berapa lama selepas itu, imbasan ultrasound turut mendapati terdapat ketulan batu hempedu sebesar 1cm3 telah terbentuk pada pangkal pundi hempedu isteri saya.
Doktor menjelaskan kepada kami bahawa isteri saya harus menjalani satu prosedur perubatan yang dinamakan ERCP (Endoscopic retrograde cholangiopancreatography)di mana satu skop kecil akan dimasukkan melalui saluran makanan sehingga ke dalam perut, dan ababila tiba di kawasan saluran hempedu, doktor akan cuba mengeluarkan ketulan batu hempedu tersebut. Maaflah, saya sebenarnya kurang arif tentang prosedur tersebut secara terperinci, cuma secara amnya begitulah prosedur yang akan berlaku sewaktu ERCP.
Selepas ERCP dilakukan ke atas isteri saya, tidak ada lagi ketulan batu pada pundi hempedu isteri saya (menurut penjelasan doktor pada ketika itu). Doktor telah mengatakan mereka telah berjaya mengeluarkan batu karang hempedu tersebut. Imbasan ultrasound susulan selepas itu menambahkan lagi keyakinan kami bahawa batu karang tersebut telah berjaya disingkirkan daripada sistem tubuh isteri saya.
Untuk sementara waktu, kesihatan isteri saya kembali pulih...tetapi rupa2nya keadaan ini hanya untuk sementara.
0 comments:
Post a Comment